Sunday, May 30, 2010

Bagaimana mengenal pasti pelaburan yang berlandaskan syariah?

Info: Di ambil daripada majalah PERSONAL MONEY page 58/59 ( seperti lampiran)
Info di bawah di ambil melalui tulisan Dr. Zurina Shafi, Pengarah Institut Kewangan Islam USIM


Bagaimana mengenal pasti pelaburan yang berlandaskan syariah?

ISU: Halalkah ASNB?



Pelaburan adalah tidak berlandaskan syariah apabila

FAKTOR QUALITATIF

• Khidmat kewangan berasaskan riba’

• Perjudian

• Pembuatan @ penjualan produk tidak halal atau produk yang berkaitan dengannya

• Insurans

• Aktiviti hiburan

• Pembuatan @ penjualan rokok & produk berkaitan

• Pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh halal

• Aktiviti yang tidak dibenarkan oleh syariah



Walaubagaimanapun ketika syarikat beroperasi terdapat isu-isu ketidakpatuhan syariah berlaku, ulama islam telah memutuskan faktor-faktor lain akan diambil kira



1) Persepsi umum dan imej syarikat mestilah baik

2) Aktiviti utama mestilah memberikan kepentingan & keuntungan kepada umum.

Isu kemaslahatan ummah.



FAKTOR QUANTITATIF
Aras sumbangan aktiviti yang bercampur ini di ukur melalui;


Tanda aras 5%

Penanda aras ini menentukan sumbangan aktiviti riba, judi, arak & babi.

Pasaran modal moden agak sukar mengasingkan isu ini, maka penanda aras ini diguna pakai.



Tanda aras 10%

FD & rokok

Tanda aras 20%

Sewa daripada aktiviti tidak patuh syariah

Tanda aras 25%

Stok, perhotelan, operasi resort

Maka, melalui segala faktor-faktor di atas, dana ASNB TIDAK MELEPASI SYARAT SYARIAH.

Fatwa HARUS yang dikeluarkan oleh majlis fatwa kebangsaan mengambil kira sekiranya fatwa HARAM dikeluarkan, ini akan mencetuskan kekecohan & ketidakstabilan kerana ASNB menguruskan berbillion dana umat islam. Majlis fatwa kebangsaan meminta pihak PNB merangka struktur dana patuh syariah sebagai pilihan kepada pelabur seperti yang ada pada syarikat lain, PUBLIC MUTUAL & RHB investment.

Berhijrah?

Hubungi saya untuk meklumat lebih lanjut

No comments:

Post a Comment